Sunday, 12 March 2017

Haiwan Dalam Kenangan

Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini.Kita hanya mengetahui kewujudannya melalui penemuan fosil,sejarah dan penyelidikan.

A) HAIWAN YANG TELAH PUPUS

1) T-Rex :

Menyerupai cicak raksasa yang hidup di zaman dinasour.Selain t-rex,hampir semua haiwan zaman dinasour telah pupus.



2) Burung dodo :

Burung jinak dari kepulauan Mauritius.Burung ini tidak boleh terbang. Haiwan ini pupus kerana diburu oleh pelayar yang singgah di situ.Manakala telurnya dimakan oleh tikus dan kucing.




3) Quagga :

Mempunyai badan yang sebahagiannya menyerupai kuda dan sebahagian lagi menyerupai kuda belang.Haiwan ini diburu oleh manusia untuk mendapatkan kulit dan dagingnya.




4) Mamot :

Menyerupai seekor gajah hidup pada zaman ais.



5) Harimau bertaring lengkung :

Mempunyai taring sepanjang 30 cm.




CONTOH-CONTOH LAIN HAIWAN YANG TELAH PUPUS :

1) Syrian Wild Ass

Telah pupus sejak 1927. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.




2) Tarpan

Telah pupus sejak Tahun 1919. Tarpan juga dikenali Eurasian Wild HouseIa adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.




3) Tasmanian Tiger atau thylacine

Telah pupus sejak Tahun 1936. Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.




INFO :- HIPOTESIS KEPUPUSAN DINOSAUR DARIPADA MUKA BUMIINI YANG PALING RASIONAL IALAH PELANGGARAN KOMET ATAU TAHI BINTANG YANG MENGHENTAM BUMI. HENTAMAN YANG DAHSYAT MENYEBABKAN DINOSAUR TIDAK DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPANNYA.

B) HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS

Kini,semakin banyak bilangan spesies haiwan dan tumbuhan yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun.Lama kelamaan hidupan ini dikatakan mengalami ancaman kepupusan.

Contoh-contoh haiwan yang hampir pupus adalah seperti berikut :-

1) Giant Panda

Dipercayai hanya tinggal 3000 ekor di habitat liar.



2) Sea Otter

Populasi tinggal lebih kurang 2000 ekor pada abad ke 20 di barat laut pasifik. Kebanyakkan pemburu memburu ingin mendapatkan bulunya.




3) Sand Cats

Telah dikenal pasti haiwan hampir pupus sejak Tahun 2002.





4) Egyptian Tortoise

Diancam di tahap yang kritikal.



5) Dugong

Dugong yang hanya makan rumput laut di pinggir laut terancam akibat pembangunan di tepi pantai.


6) Badak Sumbu



C) TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

1) Tongkat Ali

Tumbuhan seperti tongkat ali dieksploitasi untuk menghasilkan ramuan ubat tradisional.


2) Rafflesia

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

(sumber wikipedia)



3) CengalPokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) iala sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.
Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.
Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.
Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

(sumber wikipedia)



4) Kacip fatimah

Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila



5) Periuk Kera

Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp.
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).



MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMELIHARA HABITAT YANG DIANCAM KEPUPUSAN AGAR ANAK CUCU KITA DAPAT MELIHATNYA. 
TERUTAMANYA HAIWAN LIAR DAN KEINDAHAN TUMBUHAN-TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN.


#SAINSTAHUN6
#6BUKHARI
#MUALLIMAHNZAL
#SRAIB2017






9 comments:

  1. Tahniah Dhia di atas usaha ini. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah....terbaik.tingkatkan usaha
    -mlmh zalina-

    ReplyDelete
  3. Tahniah....terbaik.tingkatkan usaha
    -mlmh zalina-

    ReplyDelete
  4. thank u 4 your information ......

    ReplyDelete
  5. Kenapa buat warna pink😁😁😁

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the information

    ReplyDelete
  8. thanks helped me to do my homework

    ReplyDelete